Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

8 Tanda Anak Dapat Cukup Gizi

Bagaimana nak tau seseorang anak itu mendapat cukup zat dan nutrisi? Di sini nadiah sertakan tips nak kenal pasti anak tersebut dah dapat cukup gizi ke belum: 1) Berat badan dan ketinggian bertambah Anak yang sihat akan mengalami pertambahan berat badan  dan ketinggian seiring usianya. dia tidak terlalu gemuk atau kurus tidak juga terlalu tinggi atau rendah 2) Otot padat dan postur tegap Cuba tengok betul-betul dan pegang badan anak. Jika anak belum cukup tegap, dia masih kekurangan vitamin D dan kalsium 3) Rambut sihat dan berkilau Jika rambut anak anda nipis, kusam, mudah patah dan kurang berkilau dia mungkin kekurangan mineral zink, protein, vitamin C dan 4) Kulit lembap dan berseri Jika kulit anak anda bersisik, kering dan pucat anda perlu lebihkan vitamin A, C dan E. Antara sumber makanan yang ada seperti ikan, kuning telur, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning dan jingga. 5) Ceria, bibir segar dan mata bercahaya Jika ciri-ciri ini tiada pada anak and...

Rangsang Otak Bayi Dengan Mandian

Memandikan bayi bukan sekadar rutin harian yang dilakukan ibu bapa atau penjaga untuk membersihkan tubuh si kecil. Tanpa disedari, belaian ke atas bayi ketika memandikan sebenarnya dapat membantu proses perkembangan fizikal dan mental mereka. Ini kerana, perkembangan otak bayi dicetuskan oleh rangsangan pelbagai deria iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, disentuh dan dilihat mereka. Oleh itu, sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima bayi ketika dimandikan ternyata waktu paling sesuai boleh digunakan dalam menjana perkembangan minda mereka. Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, komponen utama yang akan menentukan keseluruhan aspek pembangunan dalam diri bayi adalah perkembangan kognitif iaitu proses berfikir. Perkembangan kognitif bayi perlu dirangsang seawal mungkin berikutan sehingga 85 peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tiga tahun. Pada peringkat...