Memandikan bayi bukan sekadar rutin harian yang dilakukan ibu bapa atau penjaga untuk membersihkan tubuh si kecil. Tanpa disedari, belaian ke atas bayi ketika memandikan sebenarnya dapat membantu proses perkembangan fizikal dan mental mereka. Ini kerana, perkembangan otak bayi dicetuskan oleh rangsangan pelbagai deria iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, disentuh dan dilihat mereka. Oleh itu, sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima bayi ketika dimandikan ternyata waktu paling sesuai boleh digunakan dalam menjana perkembangan minda mereka. Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, komponen utama yang akan menentukan keseluruhan aspek pembangunan dalam diri bayi adalah perkembangan kognitif iaitu proses berfikir. Perkembangan kognitif bayi perlu dirangsang seawal mungkin berikutan sehingga 85 peratus daripada perkembangan otak mereka dicapai menjelang usia tiga tahun. Pada peringkat...
Vitamin semulajadi untuk kesihatan yang sempurna whatsapp nadiah 0138810623