Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kehamilan

Kencing Manis Semasa Hamil

Apakah itu diabetis gestasi? Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Kepentingan Vitamin Ibu Hamil

Kehamilan merupakan suatu pengalaman yang terindah. Ibu-ibu pasti teruja apabila mendapati diri mereka berbadan dua terutama bagi pasangan yang lama menantikan kehadiran cahaya mata.  Apabila ibu disahkan hamil perkara yang perlu dititikberatkan adalah dari segi permakanan. Sepanjang tempoh kehamilan banyak nutrient yang diperlukan oleh ibu-ibu seperti Asid folic, Zat Besi, Kalsium, Protein, Karbohidrat, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin D, Magnesium, Asid Lemak Omega 3 bagi menampung keperluan nutrisi tambahan untuk pembentukan bayi dalam kandungan. Nutrien yang mencukupi dapat mengelakkan gejala-gejala seperti dibawah: