Skip to main content

Panduan Asas Simpan Stok Susu

Nak jadi ibu yang menyusukan anak sememangnya bukan mudah. Banyak perkara perlu dipelajari. salah satunya adalah cara penyimpanan stok susu ibu. 
Susu ibu perlu dikendalikan dengan betul. Salah simpan akan menyebabkan susu ibu menjadi rosak atau basi. Berikut merupakan panduan asas penyimpanan stok susu ibu :
  1. Botol/bekas simpan susu mesti dibasuh bersih dengan sabun, direndam dan dibilas dengan air panas mendidih serta dikeringkan sepenuhnya sebelum disimpan.
  2. Catat tarikh perahan pada botol/bekas susu sebelum disimpan
  3. Simpan susu dalam kadar mencukupi untuk tempoh 1 kali penyusuan (cth: 3-4 oz satu bekas)
  4. Jangan simpan susu hingga penuh bekas/botol. Tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku semasa proses pembekuan.
  5. Sebaiknya simpan susu yang hendak dibekukan di bahagian sejuk dahulu sebelem dipindahkan ke bahagian freezer untuk mengelakkan nutrient di dalamnya rosak akibat perubahan suhu mendadak
  6. Elakkan menyimpan susu di bahagian pintu peti sejuk kerana pintu kerap dibuka tutup mengakibatkan suhu tidak stabil di bahagian itu.
  7. Digalakkan simpan susu di bahagian paling atas dan paling dalam peti keranan suhu di situ lebih stabil dan sekata
  8. Jika menggunakan cooler bag, pastikan ice pack mencukup, ganti ice pack jika perlu dan elakkan membuka bag dengan kerap agar suhu dapat distabilkan sebaik mungkin.




Panduan tambahan ibu bekerjaya
  1. susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk/cooler bag. Dalam perjalanan balik mengguanakan cooler bag, pastikan ice pack mencukupi untuk perjalanan balik agar susu perahan kekal sejuk. Sampai di rumah, anda boleh menyimpan susu tersebut di dalam peti sejuk bawah atau atas. Elakkan menyimpan susu di tempat sejuk beku di pejabat atau anda akan mengalami kesukaran untuk membawanya pulang (susu yang telah beku mesti dipastikan sentiasa beku dan tidak boleh mencair walau sedikit dalam perjalanan pulang)
  2. Susu beku yang telah mula cair walaupun sedikit tidak boleh dibekukan semula. Anda harus menyimpannya di peti sejuk bawah dan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam ia mula mencair.
  3. Sebaiknya simpan susu perahan di peti sejuk bahagian bawah sekiranya ia untuk stok beberapa hari. Selepas hari ke –5 jika masih belum digunakan, anda boleh menyimpannya di bahagian beku/freezer.
  4. Susu perahan yang dibekukan yang kehilangan sedikit nutrients akibat proses pembekuan tetapi khasiatnya tetap jauh lebih baik dari susu formula. Jadi anda harus memberikan bayi anda susu secara direct feeding, susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi kandungan nutrient untuk bayi anda.
  5. Jika susu yang telah dipanaskan untuk diberi kepada bayi tidak habis diminum, anda boleh menyimpan semula susu itu dalam peti sejuk bahagian bawah untuk digunakan dalam tempoh tidak lebih dari 2 jam. Sekiranya selepas penyusuan ke-2 itu masih berbaki, susu itu mesti dibuang.
  6. Jangan panaskan susu dengan air panas menggelegak, microwave atau air melebihi suhu 70 degree Celcius kerana khasiat di dalamnya akan rosak.


PERKARA YANG DILARANG
Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • info ini dapat membantu semua ibu-ibu! Selamat bf and pumping semua! 




Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Stretch Mark

Parut Stretch Mark Kebanyakan wanita hamil akan mengalami kesan parut strecth mark pada perut dan peha. Kesan parut seakan-akan keperangan dan jelas kelihatan selepas bersalin. Bagaimana Strecth Mark berlaku? Ianya akan terjadi sewaktu kulit meregang disebabkan oleh kesan perubahan badan daripada kecil kepada besar. Kebiasaannya berlaku dalam trimester ke 2 dan hampir 50% ibu mengandung menghadapinya.

Bisnes Online Paling Mudah

Assalamualaikum sahabat nadia :) Hari ni nadia nak cerita apa yang nadia buat sekarang ni. Nadia sekarang full time work at home mom. Nadia bekerja sambil uruskan anak-anak di rumah. Ada masa nadia main-main dengan anak-anak. Ada masa nadia ajarkan mereka dengan benda-benda baru. Buat kerja sekolah ke main teka-teki ke. Tapi. Nadia bukan goyang kaki kat rumah tau. Nadia buat bisnes online paling mudah. Sahabat ada smartphone? Internet ada tak? Ha kira boleh lah tu mula. Nadia dulu pun mula dari zero, lama-lama dah makin pandai bab pemasaran internet ni. Sebab tu nadia karang dalam blog supaya memori tak lupu macam tu je. Facebook pun dah mula berubah corak algorithma dia, saje je Matzukbek ni tak kasi can ramai orang bisnes guna FB personal. Nak jimat masa nadia tulis blog bagi bisnes online paling mudah. Start Oktober nadia nak curahkan idea-idea kat blog ni. ok tak? Kalau sahabat nak join nadia buat bisnes ni ada 2 cara 1) bayar pendaftaran RM80 2) b...