Persiapan sebelum dan selepas bersalin
Tanyalah mana-mana ibu mengandung, perasaan teruja mesti ada untuk melihat wajah bayi yang dikandung selama 40 minggu. Dalam hati mesti terfikir anak ini mengikut wajah si ayah atau si ibu..tapi perkara yang paling penting adalah persediaan sebelum ke hospital. Sebelum nak ke hospital mesti sediakan barang bayi dan ibu dengan lengkap. Jom kita tengok checklist barangan yang perlu disediakan sebelum dan selepas bersalin.
Sebelum Bersalin
Barang-barang yang perlu di bawa ke hospital:
- Kad mengandung (buku ni memang wajib bawa, semua rekod kesihatan kita dah tertulis dalam buku tu, jadi ia memudahkan pegawai kesihatan nak merawat kita)
- IC, GL(GLdah tak perlu,staf hospital terus online ja, semua data dah ada)
- Kain tuala
- Tisu kotak
- Air selusuh or mineral water(hospital kerajaan memang tak galakkan air selusuh
- Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai( gov hospital dah sedia baju pink untuk yg belum bersalin, dah bersalin tukar baju hijau)
- Selipar Jepun’
- Gelas atau cawan nak minum air
- Plastik sampah untuk simpan baju kotor
- Stokin mak
- Kurma utk bagi tenaga sebelum berjuang..air minuman berperisa koko atau coklat (gov hospital ada sediakan, tapi kalau rasa tak cukup bawa la sendiri)
- Apa apa makanan sebelum berjuang(saya minum esp ja, kurma masa mengandung memang tak lalu
Selepas bersalin
- Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
- Lampin sekurangnya 2 helai
- Wet tissue sebab kena sapu najis baby
- Sapu tangan baby
- Pampers- 1 beg( bayi baru lahir kerap membuang air besar)
- Minyak angin untuk ibu panaskan badan(minyak herbanika NR memang best, berangin ja)
- Minyak bayi pun penting juga (saya bawa minyak bayi HPA,anak saya memang tiada maslah angin bila pakai minyak tu.alhamdulillah)
- Bantal baby atau kain sarung yang dilipat utk alas kepala baby.
- Pad yang murah n selesa sebab nak kena tukar selalu.rugi kalau yang mahal..hehe..yang mahal ( guna pada hari 1, 2,3 ,4 jer n waktu bertungku)
- Baju untuk balik ke rumah kalau dah boleh discaj.
- Stokin’
- Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih..
- Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka( kalau tiada beli ja vitamin Zinc Shaklee)
- Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
- Manjakani..rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
- Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.
- Bengkung…utk kempiskan balik perut

Comments
Post a Comment