Tips untuk anak yang tidak mahu makan
1. Anak anda mungkin jenis yang pilih makan (picky eater). Beri pelbagai
pilihan jenis makanan yang mungkin anak anda suka. Kanak-kanak pada
kebiasaannya hanya menumpu pada beberapa jenis makanan sahaja. Oleh itu, jangan
paksa anak anda cuba makanan baru tetapi sentiasa menyediakan makanan
kegemarannya.
2. Jangan cuba ‘rasuah’ anak anda untuk habiskan makanan
dengan menawarkan snek atau gula-gula/coklat selepas selesai makan kerana ini
menjadikan suatu tabiat yang kurang baik dan menyebabkan anak anda terlalu
makan yang tidak sihat.
3. Sediakanlah makanan yang nampak sedap dan
juga rasa enak.
4. Kalau anak minta lagi, boleh
beri lagi. Sekiranya tidak habiskan, jangan
paksa/ancam. Jangan berikan wajah yang marah dan risau
apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Anak anda
mungkin akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian anda sekiranya
begitu.
5. Kanak-kanak patut makan tiga kali sehari dengan dua kali snek.
Makanan yang boleh dijadikan snek adalah seperti keju, biskut
‘whole-grain’,yogurt, epal, strawberi dan sebagainya.
6. Sekiranya anak anda tidak mahu makan, jangan paksa dan berikan
snek yang lebih banyak dan berkhasiat beberapa jam kemudian.
7. Beritahu anak
15 minit lebih awal bahawa masa makan akan datang, kerana kanak-kanak mengambil
masa untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik
bermain.
8. Jadikan masa makan sesuatu yang rutin dan tetap masa kerana kanak-kanak
lebih biasa dengan aktiviti yang rutin. Ini membantu anak anda bersedia untuk
menjamu selera.
9.Jadikann masa makan satu
aktiviti yang ceria dan bersama seisi keluarga
10. Elakkan bergaduh dan marah-marah di meja makan supaya
kanak-kanak tidak mengaitkan masa makan dengan stres dan perkara yang tidak
selesa.
( answered by Dr Foo Chee Hoe )
Credit to: http://doktorbudak.com/2013/07/18/anak-saya-tak-mahu-makan/

Comments
Post a Comment