Skip to main content

Demam Kuning Bayi baru lahir

Cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung :

1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan pil yang diberi oleh doktor. Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.

2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin. Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning.

3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing. Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi. (Dikatakan 98% akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).

4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan. Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.

5. Kurangkan pengambilan halia semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin. Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petua Hilangkan Stretch Mark

Parut Stretch Mark Kebanyakan wanita hamil akan mengalami kesan parut strecth mark pada perut dan peha. Kesan parut seakan-akan keperangan dan jelas kelihatan selepas bersalin. Bagaimana Strecth Mark berlaku? Ianya akan terjadi sewaktu kulit meregang disebabkan oleh kesan perubahan badan daripada kecil kepada besar. Kebiasaannya berlaku dalam trimester ke 2 dan hampir 50% ibu mengandung menghadapinya.

Bisnes Online Paling Mudah

Assalamualaikum sahabat nadia :) Hari ni nadia nak cerita apa yang nadia buat sekarang ni. Nadia sekarang full time work at home mom. Nadia bekerja sambil uruskan anak-anak di rumah. Ada masa nadia main-main dengan anak-anak. Ada masa nadia ajarkan mereka dengan benda-benda baru. Buat kerja sekolah ke main teka-teki ke. Tapi. Nadia bukan goyang kaki kat rumah tau. Nadia buat bisnes online paling mudah. Sahabat ada smartphone? Internet ada tak? Ha kira boleh lah tu mula. Nadia dulu pun mula dari zero, lama-lama dah makin pandai bab pemasaran internet ni. Sebab tu nadia karang dalam blog supaya memori tak lupu macam tu je. Facebook pun dah mula berubah corak algorithma dia, saje je Matzukbek ni tak kasi can ramai orang bisnes guna FB personal. Nak jimat masa nadia tulis blog bagi bisnes online paling mudah. Start Oktober nadia nak curahkan idea-idea kat blog ni. ok tak? Kalau sahabat nak join nadia buat bisnes ni ada 2 cara 1) bayar pendaftaran RM80 2) b...